Rabu, 2 Oktober 2013

Pencarian Diri Mengenali Penciptanya

KU INGIN MENGENALIMU

Assalamualaikum wbt kepada sahabat-sahabat semua...

Apa khabar, semoga anda berada di dalam kondisi yang HEBAT ketika membaca coretan pertama saya ini. Saya merupakan seorang yang biasa melakukan perkara yang biasa, kerana sudah lumrah sistem yang diterjemahkan dalam kehidupan kita seharian ini adalah sistem untuk orang yang biasa-biasa saja...yang berfikiran positif serta tindakan tidak berbelah bagi untuk mengecapi nikmat erti kejayaan. Namun seolah-olah kejayaan itu cukup sukar untuk saya impikan walaupun sudah puas berusaha. Adakah saya ditakdirkan begini selamanya..tidak mampu untuk hidup kaya seperti orang-orang yang lain.

Kadang-kadang hati kecil ini hendaknya juga melihat anak isteri gembira...isteri tak payah pergi kerja, anak-anak dapat yang terbaik dalam hidup mereka...maklumlah dunia makin lama makin mencabar dengan macam-macam kenaikan harga barangan yang tidak munasabah. Justeru itu saya perlu buat sesuatu untuk melawan segala tekanan yang bakal dihadapi oleh anak-anak serta bangsa saya pada masa hadapan. Jadi saya sudah nekad dalam diri untuk memperkayakan diri dengan seberapa banyak ilmu bagi memudahkan diri saya ini menerima segala trasformasi yang bakal mengubah hidup saya. Mudah-mudahan segala niat saya ini dengan izin Allah segala perjalanan hidup saya ini yang bakal disaksikan oleh mereka yang ingin berkongsi pengalaman baru.Marilah kita sama agar dipermudahkan setiap perkara yang kita lakukan akan mendapat keredhaan darinya...Insyaalah.

https://www.facebook.com/cheguharris.yusof

Tiada ulasan:

Catat Ulasan